WELCOME TO PIBG SKBI WEBSITE


UCAPAN ALUAN YDP PIBG SBT SKBI, KEPALA BATAS

 

Selamat sejahtera kepada semua ibu bapa SBT SKBI, KEPALA BATAS

Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan anda semua ke Majlis Pelancaran Laman Sesawang SBT SKBI-PIBG. Ini adalah kali pertama sejak PIBG diasaskan dan hasil daripada usaha berterusan ahli jawatankuasa PIBG yang berdedikasi menjadikanya kenyataan.

Pelancaran Laman Sesawang ini akan membolehkan orang ramai, terutama ibu bapa dan murid-murid sekolah mengikuti perkembangan terkini berkaitan sekolah disamping menggunakan Laman Sesawang ini sebagai alat interaktif diantara ibu bapa dan pihak pentadbiran sekolah. Saya amat berharap ini dapat mewujudkan persefahaman yang lebih baik antara kedua-dua pihak dan memberikan sokongan yang lebih besar kepada PIBG untuk menjalankan tugas.

Kewujudan PIBG adalah untuk sentiasa memastikan kepentingan anak-anak kita di sekolah terjaga. Kita sebagai ibu bapa harus memberi lebih tumpuan terhadap perkembangan pendidikan anak-anak kita supaya mereka dapat menjadi orang yang berjaya. Tugas ini mesti dilakukan bersama-sama guru yang patut diberi kebebasan  pendidikan berdisiplin mengikut garis panduan pendidikan seperti yang digariskan polisi pendidikan kerajaan. Untuk itu, nasihat saya ialah “kita sebagai ibu bapa jalankan tugas keibubapaan, biar guru jalankan tugas mengajar.”

Buat masa ini, PIBG berdepan berbagai cabaran. Kita perlukan persekitaran di mana ibu bapa memberi sokongan sepenuhnya kepada PIBG untuk menjalankan aktiviti. PIBG mempunyai mandat tahunan daripada ibu bapa untuk bertindak berdasarkan penilaian terbaik yang bersesuaian dan ibu bapa perlu menahan diri daripada mengemukakan isu-isu remeh atau peribadi yang tidak akan memanfaatkan sekolah secara keseluruhannya. Bagaimanapun, ibu bapa boleh memberi cadangan membina dan juga bersikap objektif.

Dalam persekitaran hari ini, teknologi memainkan peranan penting dalam pembangunan. Kejayaan sekolah kita mempunyai Laman Sesawang sendiri telah meletakkan sekolah ini antara yang bertaraf sekolah maju di negeri ini. Marilah kita menggunakan Laman Sesawang ini untuk pembaikan sekolah dan anak-anak kita. Ini adalah pendekatan untuk kita semua menuju pembangunan dan pencapaian yang lebih jauh.

Saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Laman Sesawang ini. Tidak dilupakan juga kepada semua ibu bapa PIBG atas sokongan berterusan selama ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

YDP SBT SK Bertam Indah, Kepala Batas

Yang Berhormat Tuan Haji Shariful Azhar bin Othman



 

Poll

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KSSR) telah bermula pada tahun 2011 dan telah masuk tahun yang ketiga pada tahun ini. Adakah anda telah jelas apakah kriteria yang terdapat dalam KSSR tersebut?

Ya (43)
81%

Tidak (10)
19%

Total votes: 53